Sunday, January 10, 2010

Welcome To Kaban Batik


Kaban Batik adalah pengusaha batik yang didaftarkan di atas nama D&A Brothers Craft Collections yang diuruskan oleh dua adik-beradik iaitu Douglas dan Andrian. Ianya ditubuhkan pada tahun 2009 di bawah Pusat Pembangunan Kraf Betong dan dipantau oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak.


Kami bukan sahaja memproses batik tetapi kami juga membekal semua jenis seni kraf yang terdapat di Sarawak sebagai contoh kain Pua Kumbu, Songket Sarawak, Pasu Iban, Manik dan lain-lain lagi.



Untuk makluman, kami berkemahiran luas dalam seni Kraf Batik dan pernah menghasilkan produk kraf untuk Pejabat Residen Betong (cenderamata untuk Ketua Menteri Sarawak), Pejabat Residen Sri Aman, Sekolah-Sekolah dan orang perseorangan.



Apa yang membezakan kami daripada pengusaha yang lain ialah semua hasil batik kami mengekalkan identiti Sarawak iaitu daripada motif-motif 'Etnik Sarawak' serta motif-motif 'Flora dan Fauna' dan selain dari penggunaan dye batik biasa, kami juga menggunakan pewarnaan asli hasil dari penyelidikan berterusan iaitu terdiri daripada kulit kayu iaitu, kulit kayu Kepayang, Jinggau, Mengkudu, Sepang, Ketapang, Belian, Kumpang Berdarah, Akar Penawar Landak dan sebagainya. Daripada bahan ini kami dapat menghasilkan pewarna asli dan ianya tidak akan luntur walaupun dicuci. Inilah kelebihan kami.



Untuk tempahan sila hubungi Andy 014-8967703, Andrian 019-8274979, atau Doughlas 014-8766377 dan kami sedia memberikan yang terbaik untuk anda.